PELAJAR Tunisia menduduki peperiksaan
lulusan sekolah tinggi di Tunis kelmarin.
TUNIS - Sekitar 129 000, 181 pelajar menduduki peperiksaan
sekolah tinggi atau baccalaureat di Tunisia kelmarin.
Pelajar cemerlang dalam peperiksaan tersebut akan mendapat
tempat di universiti awam di negara berkenaan.
Pada tahun ini, bilangan calon perempuan yang menduduki
peperiksaan penting tersebut adalah 57.06 peratus berbanding 42 peratus pelajar
lelaki.
Peperiksaan kali ini turut menyaksikan permohonan oleh
seorang calon warga emas berusia 64 tahun dan lima pelajar yang sedang
menjalani hukuman penjara.
Peperiksaan akhir itu akan tamat pada 13 Jun ini manakala
keputusan akan diumumkan 10 hari kemudian. - Agensi
No comments:
Post a Comment