LEMBU yang bernama Yvonne makan
makanan dalam bekas yang mengandungi lukisan bendera Portugas di pusat
penjagaan haiwan Gut Aiderbichl dekat Deggendorf, selatan Jerman pada Jumaat
lalu.
BERLIN - Bolehkah seekor lembu menggantikan tempat sotong
kurita, Paul sebagai haiwan terbaharu yang memiliki kebolehan menilik nasib
pasukan bola sepak Jerman?
Peminat bola sepak Jerman gembira selepas lembu betina
tersebut, Yvonne tersasar dalam ramalannya bahawa Jerman akan tewas kepada
Portugal pada perlawanan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di bandar
Lviv, Ukraine, Sabtu lepas.
Yvonne popular di Jerman selepas haiwan tersebut melarikan
diri dari sebuah ladang ternakan sebelum disembelih pada tahun lalu dan
berkeliaran di negeri Bavaria tanpa dapat dikesan oleh pemiliknya, pemburu dan
aktivis haiwan selama tiga bulan.
Haiwan itu membuat ramalan di pusat penjagaan haiwan Gut
Aiderbichl dekat Deggendorf, selatan Jerman pada Jumaat lalu.
Paul dapat meramalkan dengan tepat semua keputusan perlawanan
pasukan Jerman sepanjang Piala Dunia 2010 termasuk kekalahan negara itu kepada
Sepanyol di separuh akhir dengan memilih makanan daripada dua bekas di dalam
akuarium.
Satu bekas tersebut mempunyai bendera Jerman manakala bendera
pasukan lawan terdapat pada bekas yang lain.
Stesen radio Jerman, Bayern 3 melaporkan lembu tersebut
ditawarkan makanan daripada dua bekas yang mengandungi makanan.
Haiwan tersebut kemudian memilih makanan daripada bekas yang
mengandungi lukisan bendera Portugal.
Pemilihan itu menyebabkan ia meramalkan kemenangan Portugal.
Namun, Jerman menang 1-0 dalam perlawanan tersebut.
Sejak kematian Paul ketika berusia sekitar tiga tahun pada
2010, peminat bola sepak Jerman masih mencari haiwan baharu yang mampu membuat
ramalan dengan tepat bagi menggantikan sotong tersebut. - Reuters
No comments:
Post a Comment