expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 17 June 2012

Petua untuk masalah keputihan & kencing tidak lawas




1. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba cara ini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selain menghilang gatal dan bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit.




 
2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat  serta bubuh sedikit garam. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali seminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.




 
3. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabila hendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakit anda sembuh.




 
4. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama beberapa ketul gula batu dan embunkan semalamam. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.

3 comments:

  1. terjumpa info ni, juga pasal keputihan… sharing is caring :)- Jaga Kebersihan Elak Lelehan Keputihan

    ReplyDelete
  2. Admin sy ad masalah, sy kerap kencing tp x sikit2 apakah itu kencing x lawas?

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com