expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 18 June 2012

Putera Salman dijangka dilantik Putera Mahkota Saudi


















Pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia menyampaikan takziah atas kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi Nayef bin Abdulaziz. - Foto ihsan alarabiya/Reuters


RIYADH - Putera Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz al-Saud yang mangkat di Geneva kelmarin, disemadikan di Makkah semalam.


Putera Nayef juga merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.


Jenazah Putera Nayef diterbangkan ke Jeddah dari Geneva semalam. Baginda meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Geneva.


Pemimpin-pemimpin antarabangsa dan anggota keluarga diraja memberi penghormatan terakhir kepada Putera Nayef yang hanya dilantik sebagai Putera Mahkota setahun lalu.


Adik Almarhum, Putera Salman, yang berusia 76 dijangka diisytiharkan sebagai Putera Mahkota Arab Saudi.


Putera Salman kini menyandang jawatan Menteri Pertahanan dan gabenor Riyadh.


Raja Arab Saudi, Raja Abdullah kini berusia 88 tahun.


Laporan Reuters menyebut bahawa pelantikan Putera Mahkota yang baru tidak akan membawa perubahan besar dalam dasar-dasar dibawa Arab Saudi dalam jangka pendek, tetapi kemungkinan akan mempengaruhi pembaharuan-pembaharuan dibawa Raja Abdullah.


"Kami memohon kepada ALLAH membantu Raja Abdullah memilih orang yang betul, yang boleh memikul beban jawatan ini pada masa yang sukar kami hadapi sekarang, di kedua-dua peringkat negara Arab dan juga komuniti Islam," kata Putera Mishaal bin Abdullah bin Turki al-Saud dipetik Reuters.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com