expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 20 June 2012

Sering pedih ulu hati?




Adakah anda mengalami pedih ulu hati (heartburn)?.Disini saya akan memberikan sebab-sebab mengapa anda mengalami masalah penyakit ini:-




 
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu bahagian bawah esophagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter ( LES ) tidak tertutup. Asid ini memasuki esophagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat. Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ia tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali-kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease ( GERD ).


Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:




 
  •        Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  •        Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  •        Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau cecair panas masam, masin di belakang tekak
  •        Sendawa
  •        Batuk yang teruk
  •        Suara menjadi serak
  •        Pernafasan berbunyi seperti serangan asma
  •        Komplikasi



 
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosis gastroesophageal reflux, Barret’s esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan diagnosis tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret’s oesophagus.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com