expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 13 June 2012

Singapore Airlines tawar suite mewah























PENUMPANG diberi layanan istimewa daripada pramugari (gambar atas) dan kabin persendirian dengan katil untuk dua orang.


SINGAPURA: Pelbagai masalah yang sering dialami penumpang yang menaiki penerbangan jarak jauh bakal dapat diatasi apabila syarikat Singapore Airlines memperkenalkan suite peribadi mewah dalam pesawat A380 miliknya.


Namun, untuk membolehkan ia dapat dinikmati, anda perlukan dana secukupnya.


Bagi penerbangan dari New York ke Singapura, suite itu berharga AS$15,750 (RM50,147) seorang.


Dengan tiket semahal itu, penumpang diberi kabin sendiri yang dilengkapi tirai tingkap serta pintu gelungsur bagi memastikan privasi.


Bagi mengelak gangguan dari bunyi filem terkini ditonton penumpang sebelah, anda boleh menikmati siaran yang dikehendaki melalui televisyen 23 inci.


Bangkunya pula bukan saja begitu luas, malah kemasan kulitnya dijahit dengan tangan oleh tukang jahit mahir dari Itali. - DM


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com