Lesley Brown, ibu kepada bayi tabung
uji pertama, ketika berada di Hospital Besar Oldham - Foto ihsan
mirror.co.uk/bbc
BRISTOL -
Wanita pertama yang melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji (IVF), Lesley
Brown meninggal dunia pada 6 Jun lalu.
Lesley berusia 64 tahun.
Dia mencipta sejarah pada 25 Julai 1978 apabila anak perempuannya, Louise lahir di Hospital Besar Oldham.
Lesley, dari Whitchurch, Bristol, mengambil bahagian dalam prosedur ujian IVF yang dikendalikan oleh Profesor Bob Edwards dan Dr Patrick Steptoe di Cambridge.
Sejak itu, lebih tiga juta bayi telah dilahirkan menggunakan teknik yang sama.
No comments:
Post a Comment