Penyokong setia TRW sanggup berasak-asak untuk menyaksikan perlawanan akhir walaupun hanya diharap skrin besar yang dipasang di kedai kopi di Kampung Padang Pak Omar.
SELISING - Kegembiraan pasukan Kelantan memenangi Piala FA
tidak dapat digambarkan penyokong setia apabila sudah 22 tahun menunggu detik
itu menjadi kenyataan.
Penyokong setia, Yaakob Kadir, 53, berkata, dia hilang suara
akibat bersorak kegembiraan apabila The Red Warriors (TRW) menjuarai liga tersebut.
“Sudah lama saya menunggu saat-saat indah ini dan rasa
terharu sangat apabila ia TRW dapat menjulang piala yang diidam-idamkan itu,”
katanya yang turut sama memberikan sokongan walaupun tidak dapat bersama-sama
dengan penyokong yang lain di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Menurutnya, walaupun hanya memenangi perlawanan tersebut
melalui sepakan penalti tetapi ia sudah cukup menggembirakan rakyat Kelantan.
Sementara itu, Mohd Razali Mat Daud, 33, berkata, kemenangan
tersebut adalah satu hadiah yang cukup bermakna buat dirinya sebagai penyokong
setia TRW itu.
“Saya berharap selepas ini TRW akan dapat pergi lebih jauh
dan setanding dengan pasukan bola sepak terkemuka negara lain.
“Kami sudah tidak sabar menunggu Piala FA dibawa ke Pasir
Puteh kerana kami sudah lama mengimpikannya,” katanya.
No comments:
Post a Comment