expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

FAM tetap RM40 tiket final Piala FA




HARGA tiket bagi semua tempat duduk pada perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan pasukan kelab Sime Darby pada 19 Mei ini ditetapkan sebanyak RM40.


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Azzudin Ahmad berkata, harga tiket itu diputuskan oleh Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM selepas mengambil kira pelbagai faktor.



“Harga tiket itu tidak membebankan penonton dan terpulang kepada kemampuan masing-masing,” katanya.


Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan memutuskan venue perlawanan akhir itu minggu depan.



Ditanya penetapan harga tiket itu boleh mencetuskan kemarahan penonton, Azzudin berkata, keputusan untuk membeli tiket bergantung kepada penonton sama ada mereka sanggup membayar atau sebaliknya.



Pada perlawanan akhir Piala FA tahun lalu, harga tiket bagi tempat berbumbung ialah RM30 dan RM50 bagi pentas utama.



Pada tahun lalu, tindakan FAM menaikkan harga tiket kepada RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu menimbulkan kemarahan peminat sukan bola sepak di negara ini. - Bernama.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com