expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 19 May 2012

Misi angkasa lepas swasta dilancar petang ini


Roket Falcon 9 SpaceX dilancarkan ketika peringkat ujian pada 2010 dari Stesen
Tentera Udara  Cape Canaveral, Florida. - Foto ihsan CNN


CAPE CANAVERAL - Jika semuanya berjalan dengan lancar, SpaceX akan melancarkan misi penerbangan persendirian yang pertama ke angkasa lepas petang ini.


Misi dijadual untuk dilancarkan pada jam 4.55 petang ini - menghantar kapsul yang membawa setengah tan bekalan ke stesen angkasa lepas.


"Tiada isu. Ini satu penerbangan bersejarah," kata Presiden SpaceX, Gwynne Shotwell kepada pemberita menjelang misi sulung ini walaupun diramal akan berdepan dengan halangan cuaca ketika pelancaran.


"(Setakat) ini hanya ada empat negara atau kumpulan negara yang menghantar pesawat angkasa lepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa - Eropah, Rusia, Amerika Syarikat dan Jepun. Jadi, kami bangga untuk merasai peluang untuk mencuba peluang ini," kata beliau.


Ini kali pertama sektor swasta menyediakan perkhidmatan sedemikian.


Tugas membawa misi lazimnya diadakan menggunakan pesawat milik agensi-agensi kerajaan, antaranya Nasa dan Esa.


Kapal kargo Dragon tanpa manusia ini akan dilancarkan menggunakan roket  Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com