expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

Tanam kanta dalam mata




RAMAI yang terpaksa memakai cermin mata atau kanta lekap apabila mengalami myopia (rabun jauh) atau hyperopia (rabun dekat). 

 
Memakai cermin mata atau kanta lekap memang remeh kerana perlu penjagaan rapi selain mungkin tersilap letak. 


Sebelum ini mereka yang ingin 'membuang' cermin mata atau kanta lekap mendapatkan rawatan LASIK yang sentiasa dikemas kini. 


Tetapi bukan semua sesuai untuk mendapatkan rawatan LASIK seperti pesakit yang mengalami masalah penglihatan rabun jauh yang teruk atau mereka dengan kornea nipis. 


Terkini satu teknologi baru bukan saja dapat 'membuang' cermin mata dan kanta lekap bahkan mampu meningkatkan daya penglihatan seperti televisyen berdefinisi tinggi penuh (Full HD). 


Syarikat penjagaan mata, VISTA Eye Specialist (VISTA) memperkenalkan Visian Implantable Collamer Lens (ICL) V4c CentraFLOW yang lebih baik berbanding produk sebelumnya. 


Dengan Visian ICL V4c pesakit boleh mendapat kualiti penglihatan lebih tajam, jelas dan terang dengan dimensi dan jarak lebih hebat atau lebih tepat Penglihatan Berdefinisi Tinggi. 


Teknologi Visian ICL V4c CentraFLOW mempunyai bukaan yang telah dipatenkan KS-AquaPORT yang terletak di tengah kanta ICL bagi memastikan pengaliran cecair dalam mata lancar selain mengekalkan kestabilan tekanan dalam mata. 


Ketua Pegawai Oftalmologi, Pakar Bedah Katarak dan Refraksi VISTA Eye Specialist, Dr. Aloysius Joseph Low berkata, sebelum ini, pakar bedah perlu melakukan pembedahan kecil YAG peripheral iridotomy dua minggu sebelum memasukkan implan ICL.


"Dalam prosedur berkenaan, dua bukaan kecil dibuat di bahagian tepi iris (bahagian mata berwarna) yang terletak di antara kanta semulajadi mata dan ruang depan mata," katanya. 


Bukaan ini bertindak sebagai saluran semulajadi cecair antara dua kawasan mata tersebut untuk mengelakkan peningkatan tekanan intraocular di dalam mata. 


Menurut Dr. Aloysius, dengan teknologi CentraFLOW™ kanta Visian® ICL V4c, prosedur YAG peripheral iriditomy ini tidak diperlukan lagi. 


"Ini membuatkan implan menjadi lebih mudah, tidak langsung menyakitkan dan menjadi pilihan utama pesakit," katanya. 


Selain kualiti penglihatan berdefinisi tinggi, pesakit yang menggunakan implan turut tidak mengalami peningkatan tekanan intraocular yang boleh menyebabkan glukoma. 


Visian® ICL V4c diperbuat daripada Collamer®, bahan kanta bio berteknologi tinggi eksklusif oleh Syarikat STAAR® Surgical. 


"Bahan kanta Visian® ICL V4c juga mengandungi penghalang UV yang boleh menghindarkan sinaran UVA dan UVB bahaya daripada memasuki mata. 


"Visian® ICL V4c selaku kanta yang boleh dilipat akan diletakkan secara pembedahan melalui bukaan yang kecil di belakang iris mata," katanya. 


Ia berfungsi dengan baik bersama kanta semulajadi sedia ada untuk membetulkan penglihatan tanpa merubah struktur semulajadi mata.
Bagaimana Visian® ICL V4c dimasukkan ke dalam mata? 


Dr. Aloysius menambah prosedur berkenaan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk satu mata dan tidak menyakitkan. 


"Pesakit boleh melakukannya bagi mata kedua selepas berehat selama sejam," katanya. 


Setelah memberikan pelalian topikal, pakar oftalmologi akan memulakan prosedur dengan melakukan satu atau dua bukaan kecil di tapak kornea. 


Seterusnya sejenis gel akan dimasukkan ke dalam mata untuk melindunginya semasa meletakkan kanta (gel tersebut akan dibuang selepas prosedur). 


Setelah memasukkan gel, kanta ICL yang telah dilipat akan diletakkan ke dalam katrij kecil dan kemudian dimasukkan ke dalam mata melalui bukaan kecil tadi. 


Setelah kanta implan terbuka sepenuhnya, keempat-empat bahagian tepi kanta akan berada di belakang iris mata hitam. 


Ini menjadikan ia tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Memandangkan pembedahan tersebut amat kecil, ia tidak memerlukan jahitan. 


Prosedur ini amat sesuai untuk mereka yang aktif kerana bukan saja dapat meneruskan aktiviti seharian dalam masa satu hari tetapi juga dapat menikmati Penglihatan Berdefinisi Tinggi baru. 


Visian® ICL menerima pengiktirafan CE Mark pada 1997 dan mendapat kelulusan FDA pada 2005. Sejak itu, lebih 250,000 Visian® ICL telah diimplan di seluruh dunia. 


Syarikat STAAR® Surgical menerima pengiktirafan CE Mark untuk Visian® ICL V4c CentraFLOW™ pada April 2011.


"Sebagai salah satu syarikat pertama yang menawarkan Visian® ICL di Malaysia pada 2005, kami amat berbangga menawarkan revolusi Visian® ICL V4c kepada pesakit," katanya. 


Sebanyak 36 kes Visian® ICL V4c berjaya dilakukan sejak Januari 2012 dengan hasil pembedahan yang cemerlang. 


Pesakit yang mempunyai gaya hidup aktif dan mereka yang ingin mendapatkan kualiti Penglihatan Berdefinisi Tinggi boleh mencuba Visian® ICL V4c. 


Peningkatan penglihatan yang berkualiti dan tempoh penyembuhan yang singkat serta tidak menyakitkan memberikan pengalaman pemulihan yang baik kepada pesakit. 


"Kami komited untuk merubah kehidupan pesakit, bertepatan dengan misi kami untuk memberi penglihatan yang lebih jelas dan membawa kesan positif dalam kehidupan mereka," kata Lim Boon Siong, Ketua Pegawai Eksekutif VISTA.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com