KOMBINASI gambar yang disiarkan pada Rabu lalu menunjukkan Hutchinson menggerakkan tangan robotik dengan menggunakan mindanya.
NEW YORK - Seorang wanita lumpuh dari negeri Massachusetts,
Cathy Hutchinson mengawal pergerakan sebuah tangan robotik dengan menggunakan
mindanya.
Teknologi terbaharu itu dapat membantu memudahkan kehidupan
harian Hutchinson yang lumpuh seluruh badan sejak 15 tahun lalu.
Wanita itu mengarahkan tangan robotik tersebut untuk
melakukan pelbagai tugas seperti mengangkat sebotol air kopi dan meletakkan
minuman itu ke dalam mulutnya.
Inovasi tersebut disiarkan jurnal Nature di Internet
pada Rabu lalu.
Ia dihasilkan oleh beberapa saintis Universiti Brown, Pusat
Perubatan Providence VA di Pulau Rhode, Sekolah Perubatan Harvard dan beberapa
tempat lain.
Tangan robotik tersebut dikawal dengan bantuan cip sebesar
sebiji pil yang ditanam ke dalam otak manusia.
Ia menerima input aktiviti elektrik sel otak apabila individu
berkenaan berimaginasi dia sedang menggerakkan tangannya.
Cip berkenaan kemudian menghantar isyarat tersebut ke sebuah
komputer yang kemudian menggerakkan tangan robotik itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment