expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 7 June 2012

6.4 juta katakunci LinkedIn dicuri















LinkedIn menyiasat dakwaan 6.4 juta katakunci dicuri.


WASHINGTON - Rangkaian sosial profesional, LinkedIn hari ini berkata, pihaknya sedang menyiasat kemungkinan kebocoran data ekoran dakwaan sebanyak 6.4 katakunci penggunanya telah dicuri.


"Pasukan kami sedang meneliti laporan mengenai kehilangan katakunci-katakunci. Kekal untuk mendapatkan maklumat susulan," kata syarikat itu menerusi satu mesej menerusi Twitter.


Penggodam mendedahkan fail-fail yang mengandungi katakunci dalam satu forum web Rusia.


LinkedIn, yang mempunyai 150 juta pengguna, tidak mengeluarkan kenyataan formal tetapi menghantar mesej menerusi Twitter mengenai isu ini.


Penyelidik sekuriti, Graham Cluley memberitahu BBC bahawa beliau percaya yang pencerobohan ke atas data LinkeId adalah tulen.


Laporan cnet.com berkata LinkeIn menggunaakn algorithm yang dikenali sebagai SHA-1, yang dikategorikan sebagai selamat.


Katanya, katakunci-katakunci yang rumit akan memerlukan masa untuk 'dibocorkan' tetapi yang katakunci yang mudah berhadapan dengan risiko.


Laporan itu memetik pakar sekuriti Sophos, Graham Cluley menasihatkan pengguna-pengguna LinkedIn agar menukar katakunci-katakunci secepat yang mungkin.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com