FELIX GUIROLA melambai tangan semasa
menunggang basikal setinggi 3.45 meter di Havana pada 18 Mei lalu.
HAVANA, Cuba - Seorang lelaki, Felix Guirola menarik
perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di
sini.
Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih
tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.
Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai
ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar.
"Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak
mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.
"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan
dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.
Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983.
Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya
memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal
setinggi 5.5 m.
Seorang wakil Guinness World Records memberitahu
agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah
basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.
Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada,
Terry Goertzen pada 2004. - Agensi
No comments:
Post a Comment