expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 16 June 2012

Hikmah makan guna tangan kanan


















Islam menuntutnya umatnya beradab ketika menjamah makanan. - Gambar hiasan


ADA sesetengah individu gemar makan dengan menggunakan sudu dan garpu alasannya tidak mahu mengotorkan tangan. Bayangkan anda makan nasi bercecah sambal belacan pasti ‘harum’ mewangi baunya. Namun ramai mengatakan apabila menjamah hidangan menggunakan tangan kenikmatannya sangat terasa.


Ibn Umar meriwayatkan bahawa junjungan besar, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Riwayat Sahih Muslim)


Dahulukan tangan kanan
 

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya. Apabila kita mendengar hadis di atas bukanlah ia menjadi sesuatu yang janggal. Tetapi rata-rata masyarakat pada zaman berteknologi tinggi kini mula makan dengan tangan kiri, jelas kelihatan pada majlis rasmi sehinggalah ke tempat ternama seperti di hotel besar.


Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka adalah pengikut kepada amalan syaitan.Melihat ketamadunan Barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga diikuti golongan elit bangsa kita dalam majlis high level. Tidak terfikirkah kita kenapa dalam Islam tidak digalakkan untuk makan menggunakan tangan kiri?


Yang pastinya setiap cegahan terselit hikmah dan kebaikan untuk semua. Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera kiri dan kanan, bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains menjelaskan mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti di bahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yang positif contohnya mesra, riang dan gembira.


Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif dalam otak sebelah kanan. Mengapa apabila kita dilanda masalah, meluahkan perasaan ataupun bercakap sama ada kepada diri sendiri atau pun kepada manusia lain serba sedikit dapat mengurangkan tekanan di dalam diri kita? Besar kemungkinan ianya disebabkan penggunaan otak kiri yang terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.


Jadi jika kita dikaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan wujudnya perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan dihadamkan serta makin sihatlah tubuh badan ibarat kata badan sihat otak cerdas!.


Etika pemakanan Barat
 

Makan dengan tangan kiri diyakini mengaktifkan otak kanan yang dikaitkan dengan sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri umpama meniru perbuatan syaitan kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri serta tidak peduli lagi pada insan-insan lain terutamanya dalam hal makan itu.


Masih ingat lagi ketika mula memasuki bidang perkhidmatan VIP, kami rakan sekerja diarahkan untuk menghadiri kursus etika pakaian dan pemakanan. Kami diajar cara untuk berpakaian yang 'betul' termasuklah cara menggunakan segala jenis sudu, garpu, pisau, etika pemakanan Barat sebagai persiapan untuk menghadiri majlis rasmi, termasuklah juga dengan menyuap makanan dengan tangan kiri.


Persoalannya di sini adalah, jika etika makan ala barat mula dipraktikkan golongan elit masyarakat kita yang rata-ratanya adalah pemimpin, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika makan yang boleh dikaitkan dengan bercambahnya sikap negatif, menyendiri dan pentingkan diri sendiri, mungkinkah itu penjelasan mengapa golongan pemimpin kita rata-ratanya membuat keputusan lebih untuk kepentingan diri dan kroni berbanding masyarakat?


Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?


Apa yang dikemukakan ini hanyalah hipotesis dari aspek pembacaan, tepuk dada dan guna frontal lobe anda untuk berfikir sedalam-dalamnya mengenai perkara yang dibincangkan.


Tiada perintah ALLAH SWT dan anjuran Nabi yang tiada kebaikan untuk umat manusia, hanya mereka yang melihat dengan mata hati keimanan sahaja yang dapat memahami.

2 comments:

  1. Nice info.. kecik2 dulu selalu makan dan salam guna tangan kiri sbb tangan kanan bengkok sangat dan tak kuat.. bila dah besar belajar jugak guna tgn kanan pelan2 walaupun cepat letih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke..bila dah besar kita malu la kan nak makan dgn tangan kiri..sebab semua org guna tangan kanan...

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com