expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 16 June 2012

Melayu Ansar, ekonomi Islam


















Mengumpul harta bukan sekadar untuk diri sendiri dan keluarga, malah menyumbangkan ke arah pembangunan ummah. - Gambar hiasan


Keusahawanan adalah faktor utama kepada kejayaan Rasulullah SAW dan Sahabat dalam membangun dan mengukuh kedudukan mereka di Madinah Al-Munawarah.


Dalam jangka yang relatif singkat, lokasi yang tandus dan serba kekurangan, Baginda dan Sahabat berjaya mengecilkan pengaruh agama tradisi di sana yang berkurun lamanya, menguasai kerajaan besar lain malah kegemilangan itu berterusan dengan Islam menguasai separuh dari dunia hari ini. Islam amat luar biasa dan mampu mengimbangi dunia dan akhirat, antara hablumminallah (hubungan dengan ALLAH) dan hablumminannas (hubungan antara sesama manusia).


Sebagai langkah awal membangun Madinah, Rasulullah SAW berusaha mencapai kesejahteraan ekonomi penduduk Islam di sana. Baginda menganjur Sahabat melibatkan diri dalam perniagaan sejajar dengan firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakanharta sesama mu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu.


Dan janganlah kamu membunuh diri mu; sesungguhnya ALLAH adalah Maha Penyayang kepada mu.” (Surah An-Nisa’ : 29) Suq atau pasar adalah medium utama yang menjana ekonomi ketika itu. Erti suq atau pasar mengikut pengertian Islam ialah di mana termeterainya jual-beli.


Istilah suq lebih kepada  situasi berlakunya pertemuan antara pihak peniaga dan pembeli bagi mewujudkan proses pertukaran barang atau keluaran mengikut persetujuan dalam menetapkan harga barangan.


Kepesatan pertumbuhan ekonomi di  Madinah banyak menyumbang kepada etika perniagaan, perlaksanaan etentuan serta peraturan berniaga  mengikut garis larangan dan suruhan ALLAH SWT.


Bagi menjayakan konsep pasaran bebas di pasar Madinah; larangan ke atas  enipuan dikuatkuasakan, sistem ukuran dan timbangan yang  standard dan jelas diperkenalkan serta hak pedagang serta pembeli dipertahankan.


Sistem pasaran Islam  diwujudkan Rasulullah SAW di Madinah bagi memenuhi tuntutan ekonomi yang selaras dengan peraturan syarak dan nilai akhlak. Sistem pasaran Islam bersifat pasaran persaingan sempurna  yang bebas dari spekulasi, sorok barang, monopoli, penyeludupan, pembaziran dan sebagainya.


Persaingan dibenarkan bagi  mewujud dan meningkatkan kualiti barangan, gaya kerja, kebajikan dan kemudahan kepada orang ramai. Konsep pasaran bebas telah  memacu ekonomi masyarakat Islam sehinggakan berjaya menguasai arena  ekonomi luar  tanah Arab. Kejayaan Baginda dan Sahabat adalah gambaran kepada kesempurnaan konsep ekonomi Islam, ternyata konsep ekonomi Islam adalah komprehensif dan kompetitif walaupun baginda menghadapi  dari saingan ahli peniaga Yahudi ketika tu.


Usahawan Muslim
 

Namun, dunia Islam hari ini  masih ketinggalan dalam sektor ekonomi. Masyarakat Melayu Islam masih cuba mencari tempat dalam arena ekonomi di dalam dan luar negara. Cita-cita atau membawa Sunnah Rasulullah SAW dan Sahabat dengan menjadi pemain ekonomi hanya tinggal sebagai impian kerana menyangka  konsep pemasaran Islam tak mampu bersaing dengan sistem ekonomi konvensional, mahupun memecah pasaran yang dimonopoli peniaga lain. ebahagian besar bangsa  ‘Ansar’ yakni Melayu yang mewakili penganut agama Islam terbesar di negara masih tercicir dalam sektor ekonomi.


Semoga ALLAH memberi keimanan, ketakwaan serta keazaman kepada golongan ‘Ansar’ negara. Rasulullah SAW bersifat analitis dalam memikir kelangsungan hidup masyarakat Islam Madinah. Pada awalnya, Baginda berhijrah, saiz pasaran masyarakat Islam  Madinah tidaklah besar jumlahnya. Ini bermakna bukan sahaja  terpaksa bersaing dengan potensi saiz pasaran yang kecil tetapi saingan dari network peniaga Yahudi yang memonopoli barangan dan aktiviti perdagangan di Madinah.


Rasulullah SAW bertindak dengan memaksimumkan potensi pasaran yang sedia ada ketika itu. Sahabat di bawah  pimpinan Baginda, berusaha dan berikhtiar bagi menjadikan masyarakat Islam sebagai kuasa ekonomi di Madinah. Pasar pertama diwujudkan bagi memenuhi kehendak masyarakat Islam. Masyarakat Islam mengimbangi tuntutan  dunia dan akhirat kerana segala urusan perniagaan sama ada menjual atau membeli adalah ibadah.


Sebagai contoh,  bdul Rahman bin Auf RA, seorang  daripada 10 ahli syurga yang Baginda isytiharkan, dengan  keimanan, ketakwaan dan keazaman yang ada padanya membolehkan beliau menembusi monopoli pegangan ekonomi di pasar Madinah  kaum Yahudi. Kejayaan beliau sebagai antara penyumbang terbesar kepada gerakan dakwah Islam ketika itu termasuk menyumbang kelengkapan perang ketika Perang Tabuk. Beliau juga berjihad bersama Baginda dalam banyak peperangan.


Kebijaksanaan bersaing
 

Rasulullah SAW mengambil strategi dengan memperbaiki dan memperkukuh sikap masyarakat  Islam ketika itu. Mesej disampaikan bahawa bekerja adalah tugas mulia di sisi Allah SWT dan  masyarakat. Oleh itu, Islam menegaskan bahawa bekerja adalah kewajiban dan juga ibadah.


Orang yang bekerja mendapat pahala sebagaimana orang beribadah. Justeru, yang bekerja dan berusaha keras untuk  meningkatkan  produktiviti diri dan keluarganya akan menikmati kebahagiaan dunia dan akhirat. Dalam skop hari ini, kejayaan seseorang mampu melaksanakan serta menyumbang kepada rukun zakat serta ibadah haji langsung bersedekah jariah untuk  kebaikan masyarakat ‘Ansar’ negara.


Semoga kita diberi keyakinan serta rahmat-Nya sebagaimana  dikurniakan kepada Sahabat. “Dan Kami jadikan padanya kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata  air, supaya mereka  dapat makan buahnya, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka.


Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?” (Surah Yaasin : 34-35) Dalam firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Maka apabila telah  itunaikan solat,  maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia ALLAH dan sentiasa ingatlah pada ALLAH supaya kamu beruntung.” (Surah al-Jum’ah :11) Sahabat serta masyarakat  Islam diberi motivasi, dorongan dan  semangat untuk giat bekerja dalam memenuhi keperluan hidup dan keluarga mereka.


Mereka mencari keredaan ALLAH SWT dengan berusaha dengan gigih dan tidak hanya berdoa. Baginda SAW memberi perhatian khusus kepada   ikap malas agar tidak menjadi hina lantaran membebani orang lain dengan menjadi parasit yang mengakibatkan mereka kehilangan harga diri dan kehidupan bertambah mundur serta kemiskinan yang melarat.


“Ya ALLAH, aku  erlindung kepada-Mu dari susah dan sedih,  lemah dan malas, takut dan kikir, serta tertekan hutang dan penindasan orang lain.” (Riwayat Al-Bukhari). Sahabat juga diingatkan ALLAH akan segala apa yang  ada di bumi dan di langit  adalah kepunyaan-Nya dan Dia berhak memberi dan mengurniakan  kepada sesiapa yang berusaha dan layak, seterusnya bertawakal kepada-Nya setelah bersungguhsungguh mencari rezeki kurniaan-Nya. 


Ini berketepatan dengan firman ALLAH: “Kepunyaan- Nyalah segala rahsia langit dan bumi. Dan kepada-Nyalah dikembalikan segala perkara. Oleh kerana itu pujilah Dia dan bertawakallah kepada- Nya. Tuhan mu tidak akan  lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Surah Hud : 123)


Peluang depan mata
 

Harus disedari bahawa masyarakat Islam juga adalah konsumer Muslim. Begitu juga  dengan peniaga, mereka juga adalah peniaga Muslim. Pasaran hari ini nyata lebih besar  otensinya sehingga ke pasaran digital namun kaum  “Ansar’ negara bagai hilang sunnatullah dalam hati mereka. Pintu rahmat dibuka-Nya kepada kita, potensi pasaran masyarakat Islam negara seramai 18 juta ditambah pula Islam  dalah agama terbesar  penganutnya! Apakah tidak cukup besar potensi pasaran sedia-ada?


Masyarakat Islam perlu muhasabah diri sejauh manakah Islam cara Rasulullah SAW dan Sahabat yang dipraktikkan mereka. Agama menyuruh kita berusaha dengan gigih dan bertawakal adalah Sunnah Nabi dan Sahabat.


“Sesungguhnya harta ini adalah lazat dan manis. Makasiapa yang menerimanya dengan hati yang baik, nescaya ia akan mendapat barakahnya. Namun, siapa yang menerimanya dengan nafsu serakah, maka dia tidak akan mendapat   arakahnya,Dia bagaikan orang yang makan  namun tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah.” (Riwayat Al-Bukhari) 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com