expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 16 June 2012

MU batal senarai di Bursa Singapura

Manchester United



MANCHESTER United (MU) sedang mempertimbangkan langkah memindahkan urusan pengapungan saham kelab bola sepak tersohor England itu dari Singapura ke Amerika Starikat (AS).


Laporan New York Times, Financial Times dan Reuters, yang dipetik BBC menyebut bahawa MU sebelum ini merancang untuk memperdagangkan saham bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion; £635 juta) di Bursa Saham Singapura.


Jika laporan itu tepat bermakna ia antara siri pembatalan pengapungan saham di Asia sejak kebelakangan ini.


BBC melaporkan, ia belum memperoleh pengesahan MU manakala Bursa Saham Singapura pula enggan mengulas.


Menurut Bloomberg, langkah itu bertujuan mendapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi.


Bagaimanapun beberapa penganalisis berkata langkah itu ada kaitan dengan usaha Malcolm Glazer, pemilik MU dari Amerika Syarikat, yang mahu mengekalan kawalan dengan menggunakan struktur saham dua kelas.


MU dibeli oleh Glazer pada 2005.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com