PAKA - Warga
komuniti di sekitar daerah ini berpeluang untuk melihat lebih dekat Piala FA
musim 2012 yang menjadi milik pasukan The Red Warriors (TRW).
Ini berikutan piala idaman pasukan bolasepak negara tersebut akan didatangkan khas ke sini, Sabtu ini.
Selain dapat merakamkan gambar kenangan di sisi piala berprestij itu, pengunjung juga berpeluang bertemu beberapa pemain pasukan gergasi merah dari pantai timur dengan dihiburkan persembahan artis tempatan.
Program anjuran The Red Warriors (Paka) Fan Kelab dengan kerjasama Sinar Harian bakal berlangsung berhampiran kawasan Taman Industri Paka pada jam 8.30 pagi itu antaranya bertujuan menghimpunkan peminat TRW di negeri ini selain mengetemukan peminat dengan pemain serta pengurusan tertinggi pasukan tersebut.
Presiden TRW Paka Fan Club, Ruslan Ismail berkata, pada program berkenaan, Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa merangkan Timbalan Presiden FAM dan beberapa pemimpin kanan KAFA dijangka hadir untuk menyempurnakan gimik perasmian Persatuan TRW Paka Fan Club.
Menurut Ruslan, semua peminat pasukan itu dialu-alukan hadir memeriahkan majlis dengan memakai jersi TRW atau baju berwarna merah.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak pengurusan TRW Paka menerusi talian 019-2789806 atau 019-9396000.
No comments:
Post a Comment