expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 20 June 2012

Peribahasa Yang Dikenang




1. Ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah.

2. Siapa yang makan nangka dia yang dapat biji nangka.

3. Pucuk di cite ismet ulam raja.

4. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.

5. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan.

6. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

7. Tiada rotan pelempang berguna juga.

8. Biar lambat asalkan tak cepat.

9. Biar putih tulang jangan kuning gigi.

10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.

11. Jauh dimata dekat di mata-mata.

12. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

13. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.

14. Secupak takkan jadi 18 cupak.

15. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.

16. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.

17. Harapkan pagar pagar tak boleh diharap.

18. Habis madu sepah jangan di buang merata-rata.

19. Alang-alang mandi biar guna sabun.

20. Ayam terlepas tangan berbau ayam.

21. Berani kerana benar takut kerana penakut.

22. Berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.

23. Cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.

24. Diam-diam ubi berisi diam-diam orang bisu.

25. Hendak seribu daya tak hendak tak apa.

26. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

27. Hidup segan mati ditanam.

28. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

29. Ikut resmi padi semakin berisi semakin banyak burung mari.

30. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.

31. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

32. Patah tumbuh hilang report polis.

33. Sambil menyelam tengok kapal selam.

34. Sehari selembar benang lama-lama benang habis.

35. Jika kail panjang sejengkal beli le yg panjang sikit kalau nak mengail dilaut. (beli le pukat tunda lagi baik ).

p/s: teringat karamsingh walia, hehe.. (^_^)…





No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com