SEORANG ibu memegang patung mainan
yang dibelikan untuk anaknya yang mengambil peperiksaan di Wuhan.-AFP
BEIJING - Tubuh lebih sembilan juta pelajar di seluruh China
semalam diperiksa oleh para pegawai pemeriksaan sebelum mereka dibenarkan
mengambil ujian kemasukan ke kolej dan universiti kebangsaan.
Hanya 6.85 juta tempat disediakan untuk para pelajar yang
berjaya dalam peperiksaan itu.
Terdapat tubuh pelajar yang diperiksa dengan menggunakan alat
pengesan logam bagi mencari sebarang peralatan komunikasi yang disembunyikan.
Sejumlah ibu bapa turut menunggu anak mereka keluar di luar
bilik peperiksaan.
Terdapat juga pelajar itu yang dihadiahkan alat mainan oleh
keluarganya selepas dia selesai mengambil peperiksaan tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment