SERPIHAN limbungan dari Jepun
terdampar di pantai Agate, Oregon pada Selasa lalu.-AFP
PORTLAND, Oregon - Sebuah serpihan limbungan yang hanyut dari
timur laut Jepun semasa kejadian tsunami berlaku pada 11 Mac tahun lalu telah
ditemui di pantai Agate, Oregon, Amerika Syarikat (AS).
Serpihan sepanjang 20 meter panjang yang diperbuat daripada
logam dan konkrit itu ditemui terapung di luar pantai tersebut pada Isnin lalu.
Beberapa orang yang melihat serpihan itu menyatakan ia adalah
sebuah tongkang.
Ia kemudian dihanyutkan ke pantai Agate, 160 kilometer ke
barat daya Portland.
Kakitangan Jabatan Rekreasi dan Taman Oregon kemudian
menghubungi seorang diplomat Jepun berhubung penemuan tersebut.
Seorang diplomat Jepun mengesahkan bahawa ia merupakan
serpihan limbungan yang hanyut semasa tsunami berlaku.
Ia hanyut sejauh 8,850 kilometer merentasi Lautan Pasifik.
Menurut Timbalan Konsul di Pejabat Konsulat Jepun di sini,
Hirofumi Murabayashi, pengesahan itu dibuat berdasarkan tulisan bahasa Jepun
yang terdapat pada serpihan tersebut.
Ia dipercayai serpihan terapung dari Jepun yang paling besar
ditemui setakat ini di AS. - Agensi
No comments:
Post a Comment