Euro 2012
Penyandang
juara Sepanyol sekali lagi mempamerkan persembahan berkualiti dan berkelas
dunia dengan menjaringkan empat gol tanpa dibalas dalam pertemuan Kumpulan C
dengan Republik Ireland di Stadium Arena, Gdansk.
Gol Sepanyol
dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit keempat. Kedua-dua pasukan
menyasarkan tiga mata penuh yang penting bagi merebut slot di pusingan kalah
mati nanti.
Gol kedua
dijaringkan di awal permainan separuh masa kedua oleh David Silva dan disusuli
oleh Torres, dilihat akan muncul sebagai hero. Cesc Fabregas yang menggantikan
Torres menjaringkan gol keempat Sepanyol.
Seawal minit
keempat, penyerang La Roja, Fernando Torres bijak menyempurnakan jaringan
selepas situasi kelam-kabut dalam kotak penalti Ireland, sekali gus merupakan
gol sulungnya dalam kejohanan edisi kali ini.
Pada awal
babak pertama, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang dan
berhati-hati.
Anak-anak
buah Giovanni Trapatonni dilihat masih gagal memberi sebarang ancaman ke atas
benteng Sepanyol. Sebaliknya, Sepanyol lebih banyak menyerang dan menguasai
bahagian tengah seperti biasa sepanjang 20 minit terakhir sebelum tiupan wisel
penamat separuh masa pertama.
Pada ketika
ini, saingan kumpulan itu sangat terbuka dan sengit selepas Itali dan Croatia
terikat 1-1 di Stadium Municipal, Poznan dua jam lalu.
Ia memberi
peluang kepada Sepanyol dan Ireland memintas kedudukan dua pasukan itu.
Sepanyol mengutip satu mata dan Ireland tiada sebarang mata setakat ini.
Pada
perlawanan pembukaan Selasa lalu, Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dan Ireland
tewas 3-1 kepada Croatia.
Penyerang Sepanyol dan Ireland, Fernando Torres serta Robbie Keane pastinya
mahu memburu gol sulung kejohanan edisi kali ini.
Setakat ini,
Sepanyol mempunyai rekod tanpa kalah sebanyak 16 perlawanan. Kekalahan terakhir
mereka adalah pada peringkat pembukaan kumpulan kepada Switzerland di Piala
Dunia 2010.
Pada
perlawanan pembukaan Selasa lalu, Sepanyol seri 1-1 dengan Itali dan Ireland tewas
3-1 kepada Croatia.
Berdasarkan
rekod pertemuan mereka sebelum ini, Sepanyol menewaskan Ireland 3-2 melalui
sepakan penalti selepas seri 1-1 ketika Piala Dunia 2002.
Sekilas
fakta permainan:
- Gol semasa: Sepanyol (4, minit ke-4, 49, 70 dan 83); Rep Ireland (0)
- Penguasaan bola: 78% (Sepanyol); 22% (Rep Ireland)
- Sasaran ke gawang: 27( Sepanyol); 5 (Rep Ireland)
- Sepakan penjuru: 8 (Sepanyol); 2 (Rep Ireland)
- Kad kuning: 2 (Alonso dan Javi Martinez; Sepanyol); 3 (Whelan, Keane
dan St Ledger; Rep Ireland)
Barisan
pemain Sepanyol:
1. Iker Casillas
3. Gerard Pique
15. Sergio Ramos
17. Alvaro Arbeloa
18. Jordi Alba
6. Andres Iniesta
8. Xavi Hernandez
14. Xabi Alonso
16. Sergio Busquets
21. David Silva
9. Fernando Torres
Barisan pemain Ireland:
1. Shay Given
2. Sean St Ledger
3. Stephen Ward
4. John O'Shea
5. Richard Dunne
6. Glenn Whelan
7. Aiden McGready
8. Keith Andrews
11. Damien Duff
10. Robbie Keane
20. Simon Cox
|
No comments:
Post a Comment