CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman
memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah
menternak lebih 20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di
sini.
Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan
luar negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping
membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut.
"Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di
sini," kata kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah
tersebut, Andrew Cote.
"Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke
sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya.
Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan
pihak dewan bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022.
Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat
itu dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. - Agensi
No comments:
Post a Comment