expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 17 June 2012

Tidur dengan harimau
















TIDUR NYENYAK... Enzo memiliki katil sendiri di sebelah katil pasangan. Gambar kecil menunjukkan Enzo menerima ciuman sebelum tidur.


SEBENARNYA Ezno sama seperti kucing lain yang gemarkan perhatian, suka tidur dan mencakar-cakar perabot. Cuma, Enzo bukan kucing biasa.


Enzo - berusia satu tahun - adalah seekor harimau Bengal yang hidup serumah dengan Michael Jamison bersama teman wanitanya, Jackie Smit di Brakpan, Afrika Selatan.


Selain Enzo, pasangan itu turut berkongsi kediaman dengan 14 anjing.



















 



MANJA... Jamison dan Jackie menyusukan Enzo yang kini berusia satu tahun.
























 
BAHAYA... Jamison bermain dengan Enzo.


Mereka membeli Enzo ketika haiwan itu baru berusia sembilan minggu, tetapi setahun kemudian ia membesar dengan ketara hasil hidangan lima kilogram daging sehari.


Kata Jamison, tinggal serumah dengan Enzo adalah pengalaman luar biasa.


“Saya tak dapat menggambarkannya dengan kata-kata kerana setiap hari dilalui menjanjikan pengalaman berbeza,” katanya.


Enzo memulakan harinya dengan menyelinap ke dapur dan berbaring di atas meja makan.


Kemudian Jamison, 37, dan Jackie, 29, menyuapkan botol susu kepadanya sebelum ia tidur - sama ada di atas katil atau kerusi malas mereka.


Jika tidak tidur, Enzo akan menemani Jamison menonton program sukan di televisyen sebelum mereka bergurau senda seketika.


Menurut Jamison, dia perlu berhati-hati ketika bergurau dengan Enzo kerana dalam keadaan tertentu, keadaan mungkin tidak terkawal.


“Bermain dengan harimau boleh membahayakan,” katanya.


Jika tidak berhati-hati, kata Jamison, kecederaan yang tidak disengajakan boleh berlaku.


“Terkena gigi Enzo saja cukup untuk membuat anda berdarah,” katanya.


Dalam keadaan begitu, Jamison terpaksa menerima hakikat bahawa dia berdepan kecederaan pada bila-bila masa.


Ketika malam, Jamison atau Jackie menghidangkan makanan kucing untuk Enzo kerana ia memang digemari harimau berkenaan.


Menariknya, kata Jackie, Enzo tidak suka ia dihidangkan di tempat biasa, sebaliknya mesti diletakkan di atas meja makan.


“Masalahnya, saiz badan Enzo terlalu besar untuk makan di situ,” katanya.


Di sebalik kerenah menghiburkan itu, Jackie dan Jamison terpaksa mengaku harimau itu ada sifat nakalnya.


Kata Jamison, Enzo gemar mengoyakkan sofa rumah mereka.


Disebabkan saiz badannya terlalu besar, Enzo terpaksa ditinggalkan di rumah jika Jamison dan Jackie bersiar-siar dengan kereta Lamborghini kuning mereka.


“Dulu, kami selalu membawanya bersama ketika memandu di sekitar bandar ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com