expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 8 June 2012

Twitter perkenal simbol baru













Simbol Twitterbird (kanan) menggantikan Larry yang digunakan oleh Twitter sejak enam tahun lalu.


SAN FRANCISCO - Laman Twitter kelmarin, memperkenalkan Twitterbird sebagai simbol baru syarikat rangkaian sosial global yang semakin berkembang itu.


Pengarah kreatif, Doug Bowman berkata, sudah sekian lama masyarakat dunia mengenali simbol kecil burung biru yang dikaitkan dengan perkhidmatan Twitter.


"Rekaan semula simbol lebih kreatif dan ringkas ini akan menggantikan Larry yang digunakan sejak enam tahun lalu," jelasnya.


Laman sosial yang membolehkan ahlinya berinteraksi dan memberi komen secara interaktif, didakwa kini mempunyai lebih daripada 140 juta pengguna dengan bilangan terbesar di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com