expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 8 June 2012

Ubat diet ‘beracun’ dirampas


















Penguat kuasa Farmasi, KKM menunjukkan ubat pelangsing yang disahkan mengandungi bahan beracun.


PUCHONG - Orang ramai, terutama wanita yang gemar mengambil produk melangsingkan badan berasaskan buah-buahan, diminta berwaspada kerana disahkan mengandungi bahan kimia beracun, sibuteramine.


Difahamkan produk berkenaan memberi kesan buruk kepada saraf otak jika diambil secara berterusan, meskipun ia berkesan dan membantu mengurangkan berat badan. Perkara itu didedahkan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang membuat serbuan ke atas sebuah syarikat produk kesihatan di Bandar Puteri Puchong di sini, serentak dengan semua stokis di seluruh negara.


Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, ratusan ribu paket minuman pelangsingan yang dikeluarkan syarikat berkenaan bernilai setengah juta ringgit dirampas, selepas pihaknya menerima aduan daripada Persatuan  Pengguna Negeri Sembilan sebulan lalu.


"Syarikat berkenaan membuat pembungkusan semula, termasuk menukar bentuk dan nama produk, dengan alasan penambahbaikan. "Bagaimanapun, selepas produk itu dihantar ke makmal kimia untuk diuji, ternyata mereka masih  mengekalkan kandungan racun terbabit," katanya.


Menurutnya, syarikat yang sudah beroperasi lebih setahun itu mempunyai puluhan stokis di seluruh negara, selain pengguna tetap yang meyakini keberkesanannya tanpa mengetahui mereka terdedah kepada bahaya. 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com