ADA peniaga mahu berjimat menggunakan minyak masak berulang kali tanpa mempedulikan kesan sampingan kepada pelanggan. -Gambar hiasan
SERDANG – Tindakan segelintir peniaga mahu berjimat dengan
menggunakan minyak masak yang sama berulang kali diibaratkan pembunuh senyap
kepada pembeli.
Pengarah Pusat Pengembangan Keusahawanan dan Pemajuan
Profesional, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Nordin Abdul
Rahman berkata, penggunaan minyak terpakai menyebabkan peningkatan kadar lemak
tepu yang berbahaya kepada kesihatan.
Menurutnya, kecenderungan peniaga menggunakan semula minyak
terpakai itu dikesan apabila beberapa orang penyelidik UPM yang sedang
melakukan kajian biodiesel mendapati bahan itu begitu sukar ditemui.
“Penyelidik kami tidak dapat bekalan minyak masak tersebut
kerana mendapati peniaga tidak akan membuangnya selepas digunakan, malah ia
dicampur dengan minyak masak baharu.
“Minyak yang diguna semula menyebabkan peningkatan kolesterol
serta serangan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Seminar Kesedaran dan Pembangunan Halal Negeri Selangor 2012 di sini semalam.
No comments:
Post a Comment