Kecantikan kaki juga harus dititikberatkan kerana ia akan
memberikan keyakinan ketika melangkah.
Ia akan kelihatan kurang cantik apabila sakit, contohnya
lenguh-lenguh dan terasa bisa. Buat wanita yang sering menyarung kasut tumit
tinggi, masalah ini bagaikan perkara biasa.
Begitu juga mereka yang perlu berdiri lama atau pun berjalan
jauh. Dalam situasi ini, apa yang diperlukan ialah setengah baldi daun serai
wangi yang dididihkan bersama-sama enam helai daun sirih.
Selepas naik bau serai, campurkan dengan sedikit air sejuk
agar menjadi suam.
Rendamkan kaki selama 10 minit dan gosok dengan daun sirih.
No comments:
Post a Comment