expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 19 May 2012

Kelantan yakin pulang dengan Piala FA



Kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi (kanan) dan Kapten Pengganti
Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir bergambar bersama Piala FA. 


KUALA LUMPUR - Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi berharap dapat membawa pulang Piala FA ke bumi Kelantan malam esok.


Badri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya berkata, ''kami tidak mahu kecewa lagi."


"Tekanan tetap ada, saya berharap dapat menang malam esok," katanya lagi.


''Kami menghormati pasukan Sime Darby. Mereka sebuah pasukan yang hebat.'' kata beliau ketika sidang media sempena perlawanan akhir Piala FA,  jam 5 petang tadi.


Jurulatih The Red Warriors, Bojan Hodak berkata, peminat bola sepak khususnya penyokong Kelantan kebanyakannya menganggap mereka sebagai calon pilihan untuk menjadi juara.


''Pandangan itu membuatkan kami lebih tertekan kerana kita tidak boleh terlalu yakin disebabkan pasukan Sime Darby sebuah pasukan 'underdog'.


"Ia jelas akan memberi perangkap kepada kami. Setakat ini kami akan berhati-hati dengan helah Sime Darby.


"Kami mempunyai skuad yang bagus dan beraksi dengan cukup baik ketika saingan Liga Super dan Piala AFC. Ia sudah cukup sebagai pengalaman kami dan yakin akan menang esok," jelas Bojan pada sidang media.


Pengurus skuad Kijang, Azman Ibrahim tidak memandang rendah keupayaan Sime Darby.


"Kami ucap tahniah kepada mereka dan hormati mereka sebagai bukan calang-calang pasukan. Mereka akan beraksi bermati-matian malam esok. Kita perlu berhati-hati terutamanya ancaman pemain import mereka, Patrick Ronaldinho Wleh.


"Kalau boleh kami ingin memenangi piala yang baru ini. Kami dahagakan kejayaan selepas dua kali kecewa sebelum ini di final Piala FA," jelas beliau.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com