KELANTAN akan membuat perhitungan dengan pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC pada final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Perlawanan yang dijangka dihadiri 80,000 penonton itu diramal
memihak kepada Kelantan berdasarkan reputasi mereka dalam saingan Liga Malaysia
sejak beberapa musim lalu.
Begitupun, ia bukan jaminan buat The Red Warriors untuk
menjinakkan Sime Darby yang telah mencipta kejutan melangkah ke final selepas
menyingkirkan juara musim lalu, Terengganu pada peringkat separuh akhir.
Andai Sime Darby tampil dengan aksi terbaik, Kelantan akan
terus berputih mata untuk menjulang piala berprestij itu selepas gagal pada
musim 2009 dan 2011.
No comments:
Post a Comment