BEKAS angkasawan Jepun, Mamoru Mori menguji sebuah kerusi bergerak keluaran syarikat Honda Motor di Tokyo semalam.
TOKYO - Syarikat Honda Motor mencipta kerusi bergerak dengan
menggunakan teknologi robotik yang dikenali sebagai Uni-Cub.
Kerusi itu mempunyai sebuah roda utama di bahagian depan dan
roda kecil di bahagian belakang yang membantu ia berpusing.
Para pengguna perlu menyengetkan badan mereka ke kiri jika
mahu ia bergerak mengikut arah tersebut.
Jika mahu ke kanan, pengguna perlu melakukan pergerakan yang
sama dengan menyengetkan badan ke arah itu.
Setakat ini syarikat itu tidak mempunyai rancangan untuk
menjual kerusi tersebut. - AGENSI
No comments:
Post a Comment