expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 16 May 2012

MUI digesa isytihar vasektomi halal bagi kawal kelahiran




JAKARTA - Badan pusat Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah digesa untuk mengisytiharkan vasektomi sebagai halal, dibenarkan di bawah undang-undang Islam, bagi menyokong program kerajaan mengawal pertumbuhan penduduk di negara ini. 


Desakan itu dibuat oleh Ketua Badan Kependudukan dan Perancangan Keluarga  Nasional (BKKBN) Dr Sugiri Syarief yang berkata fatwa halal adalah perlu selepas MUI mengeluarkan fatwa haram bagi prosedur vasektomi (tidak dibenarkan di bawah undang-undang Islam) pada mesyuarat tahunannya di Padang Panjang, Sumatera Barat baru-baru ini.    


"Kami sedang mendesak pusat MUI supaya mengeluarkan fatwa halal tentang prosedur vasektomi," kata Sugiri yang dipetik dalam akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Globe pada Selasa.


Sehingga sekarang, katanya hanya MUI di Jawa Timur dan wilayah Situbondo telah menghalalkan praktik vasektomi.


Sugiri berkata, dengan adanya fatwa halal daripada MUI, bilangan lelaki yang mempraktikkan vasektomi akan berganda.


Vasektomi atau pembedahan pemotongan salur sperma lelaki ialah kaedah merancang keluarga untuk lelaki.


Katanya daripada sembilan juta orang di seluruh negara itu yang telah mendaftar untuk program perancangan keluarga, hanya 1.5 peratus adalah lelaki, dan dari jumlah itu hanya 0.7 peratus melakukan vasektomi.


Dr Sugiri berkata Indonesia menghadapi masalah pertumbuhan penduduk yang sangat besar, dengan jumlah pertumbuhan penduduk kira-kira empat juta setiap tahun dan pada 2012,  bilangan penduduk negara itu dijangka seramai 245 juta, meningkat 31 juta sejak sedekad lalu.


Untuk membantu mengawal pertumbuhan penduduk, program perancangan keluarga negara diharap akan dapat menambah bilangan anggota yang aktif kepada 28.32 juta.


Beliau menjangkakan pada 2012, terdapat seramai 4.5 juta wanita mengandung, dan usaha sedang dibuat untuk memastikan mereka dilindungi insurans dan menjadikan mereka peserta baru program perancangan keluarga.  – Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com