expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 17 May 2012

Mengekalkan ereksi


















KEPUASAN hubungan seksual bagi kedua-dua pasangan suami dan isteri adalah perlu bagi keharmonian rumah tangga. - Gambar hiasan.


Kepuasan dalam hubungan intim antara suami isteri antara faktor penting dalam mencapai kebahagiaan rumah tangga.


Bayangkan bagaimana perasaan suami apabila isteri yang diajak untuk melakukan hubungan asmara menolak dengan alasan tidak mendapat kepuasan ketika berhubungan.


Dilema ini bukan sahaja menyebabkan timbul rasa bersalah pada suami kerana tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri, tetapi turut memberi kesan psikologi dan menjejaskan aktiviti seksual mereka.


Masalahnya, penyakit lain seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis boleh dibincangkan secara terbuka.


Tetapi apabila ia berkaitan masalah seks, ramai yang hanya memendam rasa.


Mungkin ia disebabkan kurang kesedaran atau ego dan rasa malu menyebabkan ia jarang diperkatakan. 


Hakikatnya ramai daripada lelaki Malaysia berada dalam situasi kemurungan kerana memilih untuk berdiam diri apabila mengalami masalah mati pucuk atau kegagalan zakar untuk tegang (ED). 


Bagi seorang lelaki, untuk membicarakan soal yang membabitkan alat sulit dan aktiviti seksual mereka tentu dianggap sebagai sesuatu yang amat mengaibkan.
Apatah lagi apabila membicarakan soal kegagalan mereka untuk memberikan kepuasan kepada pasangan secara terbuka.


Perunding Klinik Psikologi, Paul Jambunathan berkata, bagi pasangan Asia, mereka mengakui bahawa kualiti regangan dan kebolehan untuk mengekalkan ketegangan adalah kriteria penting dalam mencapai pengalaman seks yang ideal dengan mengukur berdasarkan Skala Ketegangan Ereksi atau EHS (Erection Hardness Scale).


“Kajian yang dijalankan oleh Asia Paciffic Health and Overall Wellness 2009 mendapati 24 peratus daripada lelaki di Asia menilai ketegangan mereka pada gred 3 EHS, manakala 44 peratus pula hanya mencapai eraksi pada tahap (1-3 EHS). 


“Selain itu, 91 peratus lelaki mencapai tahap ereksi yang sederhana ketika melakukan hubungan intim dan ingin meningkatkan kualiti mereka bersama pasangan ketika di ranjang," katanya.


Katanya, lelaki yang mengalami situasi sedemikian perlu lebih terbuka untuk berbincang dan berkomunikasi dengan pasangan mengenai masalah yang dihadapi supaya kedua-dua pihak mendapat kepuasan dalam hubungan .


“Cari masa dan tempat yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan mengenai masalah tersebut. Pasangan pula perlu memahami dan membantu suami untuk menyelesaikan masalah tersebut.


“Hubungan seksual yang dapat memberi kepuasan pada kedua-dua pihak adalah faktor penyumbang kepada keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga mereka," katanya.


Tambahnya, seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual. 


Sebaliknya mereka akan berasa bersalah dan malu kerana tidak dapat memuaskan isteri.


“Sebenarnya, dalam situasi ini, sekiranya setiap pasangan memenuhi keinginan seks, mereka akan rasa lebih disayangi.


“Tetapi perlu diingatkan usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ketegangan zakar. Malah selagi pasangan sihat anda akan merasai kepuasan seks. Tidak kira tua atau muda. Semua mereka mampu tegang sekiranya tiada gangguan pada zakar," katanya.


Ujarnya, lelaki yang mempunyai masalah ED tidak perlu malu berjumpa dengan doktor bagi mengadu masalah tersebut.


“Walaupun mereka terpaksa menebalkan muka mengadu masalah yang dihadapi, sekurang-kurangnya cara itu membantu meringankan beban yang ditanggung.


“Berbanding jika terus dipendam dan membiarkannya tanpa mencari sebarang rawatan ditakuti menjejaskan hubungan dan kebahagiaan dalam rumah tangga," katanya.


Beliau berkata, mereka yang mengalami masalah ED juga berpotensi untuk menghidap masalah jantung.

2 comments:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com