Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk
menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik
makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada
antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap
curang di belakang anda.
Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar
penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks.
Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda
boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.
Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka
hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah
mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka
diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai
suami dan ketua keluarga.
Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup
sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup
sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri
tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan,
elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.
Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan
tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan
menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata
walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas.
Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru
membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.
Tanda-tanda suami curang:
Berubah sikap
menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba
berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang
anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda.
Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat
anda.
Tiba-tiba menjadi
orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi
orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda
dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah
kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.
Bercakap secara
sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah
apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara
sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah
malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.
Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia
mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh
kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya,
dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.
No comments:
Post a Comment