PEMAIN pasukan Kelantan yang menjuarai Piala FA 2012 malam
tadi akan menerima ganjaran setimpal dan perkara itu akan diumumkan Persatuan
Bolasepak Kelantan (Kafa) dalam masa terdekat, kata Presidennya Tan Sri Annuar
Musa.
"Nilai imbuhan bagi setiap pemain tidak boleh saya
beritahu lagi... saya yakin dalam dua tiga hari lagi Kafa sendiri yang akan
memaklumkan kepada media," katanya kepada Bernama selepas hadir
menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
No comments:
Post a Comment