AKAUN Facebook Zuckerberg menyiarkan gambar perkahwinannya kelmarin.
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas laman sosial
Facebook, Mark Zuckerberg melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya,
Priscilla Chan kelmarin.
Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman
Zuckerberg di Palo Alto, California.
Ia berlangsung sehari selepas Facebook membuat Tawaran Awam
Awal (IPO) bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.
Zuckerberg, 28, memberikan sebentuk cincin batu delima kepada
Chan, 27.
Para tetamu menjangkakan menghadiri majlis sambutan hari
graduan Priscilla, tetapi mereka dikejutkan dengan majlis perkahwinan itu.
Antara tetamu yang hadir termasuk Ketua Pegawai Operasi
Facebook, Sheryl Sandberg.
Pada majlis yang diadakan secara tertutup itu, Zuckerberg
memakai sut biru gelap dengan kemeja putih dan bertali leher.
Chan memakai gaun perkahwinan berwarna putih.
Pasangan tersebut kini menukar status mereka di Facebook
sebagai 'sudah berkahwin'.
Persediaan perkahwinan itu dirancang selama beberapa bulan
kerana Zuckerberg menunggu Chan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di
Sekolah Perubatan San Francisco, Universiti California.
Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook mula berkenalan
dengan Chan di Universiti Harvard, AS pada tahun 2004.
Menurut profil Chan, dia merupakan graduan Universiti Harvard
pada tahun 2007.
Dia kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di
Sekolah Harker, San Jose sebelum mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.
Profil itu turut menyatakan wanita berbangsa Cina-Amerika itu
suka memasak. - Agensi
No comments:
Post a Comment