SEBAGAI orang yang beriman kepada Allah SWT, kita perlu
mengetahui hak-hak saudara kita yang perlu dipenuhi. Hak-hak tersebut telah
diakui oleh agama dan sebarang usaha serta tindakan yang dibuat bagi memenuhi
hak-hak tersebut diiktiraf sebagai ibadah di sisi Allah SWT.
Antara hak yang perlu dipenuhi oleh orang yang beriman
terhadap saudaranya sebagai manifestasi keimanan ialah memberi nasihat apabila
diminta.
Ia telah dijelaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadis yang
bermaksud: Hak Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam". (Baginda SAW)
ditanya: "Apakah hak-hak tersebut wahai Rasulullah?" Jawab Baginda
SAW, "Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya, jika dia
mengundangmu, hadirilah undangannya, jika dia minta nasihatmu, berilah dia
nasihat, jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia, jika dia sakit,
maka kunjungilah dia dan jika dia meninggal dunia, maka ikutilah
(jenazah)nya." (riwayat Muslim)
Oleh itu, marilah kita membudayakan amalan memberikan nasihat
dan berpesan-pesan ke arah keharmonian hidup beragama.
Namun begitu, sekiranya terdapat di kalangan saudara kita
yang memerlukan bimbingan nasihat, maka janganlah terus memberikan nasihat
melainkan perlu memahami dan mendalami dahulu permasalahan sebenar yang
dihadapinya.
Kefahaman ini penting kerana ia akan membantu kita dalam
memberikan tumpuan kepada masalah tersebut sahaja, dan bukannya keluar daripada
tajuk sebenar yang akan merumitkan lagi keadaan.
Inilah sikap yang diambil oleh para ulama dalam melakukan
ijtihad. Mereka akan cuba memahami permasalahan sebenar dengan merujuk kepada
orang yang lebih pakar dalam bidang tersebut dan mementingkan keperluan
memahami realiti semasa (qiraatul al-zuruf).
Setelah mempunyai kefahaman yang jelas, maka barulah ijtihad
akan dibuat dengan berdasarkan disiplin ilmu yang betul. Justeru, para ulama
telah menggagas kaedah yang berbunyi Al-Hukmu 'ala al-Syay' Far' 'an
Tasawwurihi (Memberi Hukum kepada Sesuatu Perkara adalah Cabang daripada
kefahaman (tasawwur) yang jelas terhadap perkara tersebut).
Orang yang memberikan nasihat juga perlu mengelakkan diri
daripada menumpukan kepada masalah yang berlaku. Sekiranya ia dilakukan, banyak
masa yang dihabiskan untuk mengungkit-ungkit kesalahan yang telah pun berlaku.
Perlu kita fahami bahawa yang lebih penting dalam memberikan
nasihat ialah memberikan cadangan penyelesaian, bukannya memperbesarkan lagi
masalah yang berlaku.
Orang yang memberikan nasihat juga perlu bertenang sehingga
dirinya dapat berfikir untuk menilai dan memberikan panduan penyelesaian dengan
lebih rasional, bukannya berdasarkan perasaan semata-mata.
Elakkan daripada menghina, mencaci dan mengherdik orang yang
datang meminta nasihat. Ketahuilah bahawa kedatangannya untuk meminta nasihat
adalah langkah pertama yang dibuat untuk bertaubat di atas segala kesalahan
yang dilakukan.
Jangan menutup pintu taubat tersebut dengan kita menjatuhkan
air mukanya sehingga dia berputus asa untuk berhenti daripada melakukan dosa
dan kesalahan. Jadikan sesi memberikan nasihat tersebut sebagai sesi pertukaran
buah fikiran yang positif sehingga apabila selesai sesi tersebut, orang yang
meminta nasihat akan berpuas hati dan gembira.
Ini sekali gus dapat mencetuskan semangat untuk memulihkan
dirinya menuju keinsafan dan yang paling penting ialah menyelesaikan masalah
tersebut dengan cara yang penuh bijaksana.
Sekiranya kita memarahi orang yang meminta nasihat, maka
bukan sahaja dia semakin jauh dengan kita, bahkan ia akan dapat melunturkan
semangatnya untuk terus berjuang.
Mudah-mudahan dengan nasihat yang baik untuk menajamkan
keazaman, walaupun seberat mana ujian yang menimpa, tetap digagahi jua bagi
meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti pada masa akan datang.
Umat Islam dididik oleh agama Islam untuk hidup
bermasyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan hidup bermasyarakat ialah dengan
bergaul dengan mereka mengikut batasan yang dikehendaki agama, saling
bantu-membantu dan menyuruh kepada yang makruf serta mencegah daripada
kemungkaran, di samping saling memberikan nasihat.
Inilah asam-garam kehidupan seorang mukmin sejati yang tidak
hidup untuk dirinya semata-mata, bahkan hidup untuk berbakti kepada orang lain
kerana Allah SWT.
Nabi SAW bersabda: "Orang beriman yang bergaul dengan
masyarakat dan sabar menanggung gangguannya, lebih baik daripada orang yang
tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak pula sabar menghadapi
gangguannya." (riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)
Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.
ReplyDelete