expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 3 June 2012

Bagai meniti awang-awangan




























TINGGI... kuil Taktshang Tiger’s Nest berada pada paras ketinggian 701.04 meter (2,300 kaki) di atas Lembah Paro, Bhutan.


APABILA anda cuba mendekati tuhan, anda akan mencari tempat sunyi dan tenang. Bagi sekumpulan arkitek, untuk membina tempat ibadat di kawasan yang mustahil dibina bukan masalah kepada mereka.


Dibina pada paras tinggi di lereng gunung, hanya pengikut yang benar-benar berdedikasi dan tidak gayat pada ketinggian akan mampu ke sana untuk beribadat.


Kebanyakannya hanya boleh dikunjungi melalui laluan rahsia dan curam dalam usaha menyediakan tempat paling terpencil bagi pengikut yang mencari kesedaran kerohanian tanpa gangguan.





































 



GERUN... kuil yang tergantung ini berpaut di lereng Gunung Huashan di China hanya boleh dikunjungi melalui laluan curam dan berbahaya.

























 
PANORAMA... biara Sumela di Turki dibina pada tahun 386 Masihi selepas dua paderi menemui ikon Virgin Mary dalam sebuah gua di atas pergunungan itu.

























 
INDAH... kompleks Meteora di Greece yang dibina pada kurun ke-16 menempatkan enam biara Kristian.

























 
KAYA SEJARAH... runtuhan kuil Sigiriya atau Batu Singa di tengah daerah Matale di Sri Lanka.


Setakat ini, bangunan paling bahaya ialah kuil terjuntai yang melanggar hukum fizik di lereng Gunung Huashan di China.


Terletak 75 batu di timur bandar raya Xi’an di wilayah Shaanxi, Gunung Huashan dikenali sebagai ‘gunung paling curam di bawah syurga’. Ia satu daripada lima gunung suci di China.


Ia juga adalah lokasi beberapa kuil Taoisme yang ternama, di mana beberapa maharaja dinasti zaman lampau melakukan kunjungan, menjadikan Gunung Huashan sebagai tanah suci penganut Taoisme.


Di Bhutan pula, kuil Taktshang Tiger’s Nest berpaut di lereng setinggi 2,300 kaki di atas Lembah Paro.


Menurut legenda, ia mendapat namanya daripada ‘Buddha kedua’, Guru Padmasambhava yang pergi ke tempat itu dengan menunggang seekor harimau.
Sesetengah pengunjung dilaporkan mati selepas terjatuh ketika pendakian ke kuil itu akibat tersalah langkah.


Bagaimanapun, keinginan untuk membina tempat yang sungguh gayat itu bukan hanya terbatas di Asia. Turki juga mempunyai tempat ibadat sedemikian seperti biara di Sumela yang berada pada ketinggian 3,900 kaki.


Ia dibina pada tahun 386 Masihi ketika pemerintahan Maharaja Theodosius I selepas dua paderi menemui ikon menakjubkan Virgin Mary di dalam sebuah gua di kawasan pergunungan itu.


Seperti kebanyakan binaan pusat ibadat hebat yang lain, ia bukan mudah untuk dikunjungi. Di Greece, biara Roussanou hanya boleh dikunjungi melalui bakul yang diangkat oleh sistem takal sebelum jalan raya, tangga dan jambatan dibina pada 1920-an.


Ia satu daripada enam biara di kompleks Meteora, sebuah pembangunan terbesar dan terpenting seumpamanya hanya di belakang Gunung Athos.


Biara itu dibina di atas puncak batu pasir semula jadi dekat Pinios.


Satu lagi seni bina mengagumkan yang turut menempatkan batu di tengah-tengah pembinaannya ialah Sigiriya atau Lion’s Rock di tengah daerah Matale, Sri Lanka.


Dibina di atas batu magma, bandar suci itu mengandungi runtuhan kuil asal yang didirikan pada tahun 500 Masihi.


Kaki dan kuku singa masih kekal pada kedua-dua pintu masuk, tetapi kepalanya terjatuh beberapa tahun lalu. Ia satu daripada lapan lokasi warisan dunia di Sri Lanka.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com