expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 3 June 2012

Fakta: Rahsia Alam (Bahagian v)




  • Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang.


  • Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya. Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya.


  • Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang,terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk yang lain mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.


  • Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas. Oleh itu, mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah “meneylesaikan” masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.


  • Landak dilahirkan “bogel” dan “duri” di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.


  • Ekor monyet membantunya untuk imbangan.


  • “Skunk” boleh mengeluarkan bau yang busuknya itu sejauh 10 kaki.


  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.


  • Ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.


  • Kuda laut betina mengeluarkan telur ke dalam kantung di perut kuda laut jantan. Kuda laut jantan akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung dan mensenyawakan telur. Selepas terbentuknya embrio, kuda laut jantan akan melahirkan kuda laut yang kecil.


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com