Ahli arkeologi mendakwa kedua-dua
rangka ini ditikam dengan besi kerana khuatir ia akan bertukar menjadi puntianak.
SOFIA - Ahli
arkeologi di Bulgaria menemui dua rangka ditikam dengan batang besi dipercayai puntianak
dari Zaman Pertengahan di sebuah kawasan perkuburan lama di bandar Laut Hitam,
Sozopol.
Ketua Muzium Kebangsaan, Bozhidar Dimitrov berkata, penemuan rangka itu menunjukkan penduduk kampung pada masa tersebut sehingga awal abad ke-20 sangat percaya dengan kewujudan puntianak.
Menurut kepercayaan mereka, mana-mana individu yang berkelakuan jahat semasa hayat mereka mungkin akan bertukar menjadi puntianak jika dada mereka tidak ditikam dengan batang kayu atau besi semasa proses pengebumian.
"Ia adalah amalan biasa kerana hasil kajian kami mendapati kira-kira 100 cara pengebumian sama telah ditemui di negara ini," kata Dmitrov lagi.
ada jgk pada zaman dulu..hehehe
ReplyDeleteentah la..macam-macam diaorang nie kan..hehe...
Delete