expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 7 June 2012

Tokoh perintis penterjemahan al-Quran





SALMAN al-Farisi, sahabat Rasulullah SAW merupakan orang pertama kali menterjemahkan kitab suci al-Quran ke dalam bahasa lain. Dalam sejarah disebutkan, beliau menterjemahkan surah al-Fatihah secara lisan ke dalam bahasa Parsi atas permintaan orang-orang Muslim Parsi. Namun terjemahan al-Farisi ini belum mencakupi keseluruhan surah dalam al-Quran, hanya surah al-Fatihah.



 
Di antara tokoh-tokoh yang berusaha menterjemahkan al-Quran adalah seperti berikut. Usaha mereka ini telah membuka mata, khususnya kepada dunia Barat tentang mukjizat al-Quran yang diturunkan Allah SWT kepada umat manusia.

  •  Petrus Agung (1092-1156 M): Ketua gereja Cluny, Perancis adalah tokoh Barat yang pertama kali berusaha menterjemahkan al-Quran. Dengan bantuan seorang teologi abad pertengahan berbangsa Inggeris, Robert Ketenesis (1110-1160), dan muridnya Hermannus Dalmatin (1110-1160), beliau menterjemahkan teks al-Quran ke dalam bahasa Latin yang diberi judul Lex Mahumet Pseudoprophete pada tahun 1143 masihi.



 
  • Louis Maracci (1612-1700 M): Seterusnya terjemahan al-Quran berbahasa Latin yang paling masyhur dan banyak menjadi rujukan adalah milik Louis Maracci, seorang berbangsa Itali. Terjemahan al-Quran karya Maracci ini disertakan teks Arab dan ulasan panjang yang berisi penolakan terhadap Islam.

L'Alcoran de Mahomet, André du Ryer, 1647.


 
  • Andre du Ryer (1580-1660 M): Orientalis berbangsa Perancis ini merupakan tokoh yang pertama kali membuat terjemahan al-Quran berbahasa Perancis. Beliau menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Perancis langsung daripada teks aslinya berbahasa Arab. 
 
        Pengalamannya tinggal lama di Istanbul, Turki dan Mesir membuatnya  
        menguasai bahasa Arab dengan baik. Karyanya ini diberi judul L'Alcoran 
        de Mahomet.
 
Salomon Schweigger

  •  Salomon Schweigger (1551-1622 M): Beliau pendeta gereja Noremberg adalah orang pertama kali melakukan penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Jerman. Beliau menterjemahkan al-Quran tersebut daripada sebuah terjemahan al-Quran berbahasa Itali. Terjemahan karya Schweigger ini diberi berjudul Alcoranus Mahometicus.
 
  •  Andrea Arrivabene (1534-1570 M): Versi terjemahan al-Quran dalam bahasa Itali pertama kali dibuat oleh Andrea Arrivabene. Karya terjemahan yang diberi judul L'Alcorano di Macometto merupakan hasil penterjemahan karya Petrus Agung.
 
  •  Hendrrik Jan Glasemaker: Beliau merupakan orang pertama yang diketahui membuat terjemahan al-Quran dalam bahasa Belanda. Beliau menterjemahkan al-Quran bersumberkan pada sebuah terjemahan al-Quran versi bahasa Perancis. Terjemahan ini diberi judul Mahomets AlKoran.

  •  Alexander Ross (1590-1654 M): Beliau adalah orang yang pertama kali menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris. Al-Quran terjemahan Ross ini dibuat pada tahun 1649 dengan mengadaptasinya daripada terjemahan al-Quran berbahasa Perancis, L'Alcoran de Mahomet.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com