expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 17 May 2012

Nyahkan Jeragat Daripada Wajah




Malu berhadapan dengan orang sekeliling gara-gara masalah jeragat? Usah berputus asa dan cuba atasi masalah itu dengan kaedah petua tradisional. 


Apa yang diperlukan hanyalah bahan-bahan yang mudah didapati seperti kunyit hidup, beras yang direndam dengan air, limau nipis dan juga putih telur. 


Langkah pertama, beras dan kunyit hidup ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu perahkan limau nipis dan masukkan pula putih telur. 


Gaulkan kesemua bahan ini sehingga sebati. Apabila siap, terus sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering sebelum dibilas dengan air suam. 


Akhir sekali, lapkan wajah dengan menggunakan kain bersih.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com