expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 19 May 2012

Asari semarak sokongan





PELBAGAI cara dilakukan penyokong Kelantan bagi menyemarakkan sokongan kepada pasukan yang mara kali ketiga dalam pentas final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.


Salah satunya, seorang ahli Jawatankuasa Persatuan Gerak Kasih Kota Bharu, Mohd Asari Saufi, 40, sanggup menyediakan perkhidmatan percuma bagi mewarnakan rambut dan mengecat muka penyokong Kelantan yang akan menyaksikan perlawanan akhir di Bukit Jalil.


Mohd Asari yang juga peniaga di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu menghabiskan lebih RM300 bagi kos menyediakan penyembur warna merah dan putih untuk rambut dan mengecat muka penyokong bola sepak Kelantan, terutama kepada ahli persatuan itu.


Katanya, buat permulaan, dia sudah mewarnakan rambut dan mengecat muka 15 kanak-kanak di kalangan anak ahli Persatuan Gerak Kasih Kota Bharu dan penyokong bola sepak sekitar Wakaf Che Yeh.


“Saya sanggup mengeluarkan belanja sendiri bagi menyemarakkan sokongan pasukan Kelantan dengan menyediakan perkhidmatan secara percuma mewarna rambut dan mengecat muka penyokong Kelantan yang mahu berbuat demikian.


“Saya juga sedia memberikan perkhidmatan sama kepada penyokong bola sepak Kelantan di Bukit Jalil bagi menyemarakkan semangat dan sokongan kepada Red Warriors,” katanya ketika mewarnakan rambut dan mengecat muka penyokong Kelantan di Wakaf Che Yeh, semalam.


Dia berkata, idea menyediakan perkhidmatan itu timbul selepas mendapati ramai penyokong Kelantan mewarna rambut dan mengecat muka pada final Piala FA di Bukit Jalil, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com