expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 19 May 2012

FAM: Masih ada baki 15,000 tiket Piala FA



Final Piala FA 19 Mei 2012 


KUALA LUMPUR- Orang ramai masih berpeluang mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.


Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S.Sivasundaram berkata daripada 85,000 tiket yang dicetak, masih ada baki 15,000 tiket yang belum terjual.


"Kami yakin baki 15,000 tiket ini akan habis dijual petang esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata daripada keseluruhan tiket yang dicetak, sebanyak 50,000 tiket diagihkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan 15,000 keping kepada Sime Darby.


"Pada hari ini, sebanyak 5,000 daripada 20,000 tiket dijual, sejak kaunter tiket di Stadium Nasional dibuka pada pukul 10 pagi. Kaunter tiket masih dibuka esok bermula 10 pagi hingga perlawanan bermula pada pukul 8.45 malam,"katanya.


Harga tiket perlawanan akhir Piala FA musim ini, dijual dengan harga RM40 bagi semua tempat duduk.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com