expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 19 May 2012

Kelab Penyokong buka gerai dikir barat sokong Kelantan




DALAM debaran penyokong The Red Warriors menantikan aksi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby malam ini, Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) akan membuka gerai dikir barat, yang turut dikenali sebagai dikir 'Warrior' di pekarangan Stadium Putra, petang ini.


Menerusi laman sosial Facebook, wakil KPBSK berkata, persembahan itu dijangka akan bermula jam 2 petang yang bertujuan untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Kelantan nanti.


"Saya berharap dengan adanya dikir barat ini dapat memberikan semangat kepada pasukan Kelantan untuk beraksi nanti," katanya.


Dalam perkembangan lain, menerusi laman sosial Twitter juga, majoriti rakyat Malaysia meramalkan Kelantan akan menjuarai Piala FA untuk musim ini, namun mereka tetap menganggap pasukan Sime Darby sebagai pasukan berstatus 'underdog' mampu mencipta kejutan.


"Walaupun bertaraf 'underdog', mereka mampu membenam Kelantan dan membuat kejutan untuk menjadi kelab pertama menjuarai Piala FA tahun ini," katanya.


Pada masa yang sama, ada segelintir penyokong turut melahirkan rasa kecewa apabila tidak dapat hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan bagaimanapun mereka tetap berasa teruja dan bersemangat untuk menonton siapa bakal dinobatkan juara malam ini.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com