Majoriti di kalangan kita berhadapan dengan masalah siku dan
lutut kehitam-hitaman dan mati kutu.
Bagaimana mahu merawat masalah ini sekali gus menjadikannya
cantik seperti asal.
Petua yang mudah diikuti ialah dengan memarut buah nanas
segar yang telah dicuci bersih.
Setelah mendapat kuantiti yang mencukupi, sapukan ia pada
siku serta lutut.
Gosok bahagian itu perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa
minit agar zat semula jadinya dapat memberikan kesan yang baik.
Selepas itu bilas dengan air suam sehingga hilang rasa
melekit.
Keringkan dengan tuala bersih dan jangan lupa untuk
menyapukan minyak bayi atau pun pelembap.
Petua ini boleh diamalkan sekerap mungkin dan selamat
menikmati hasilnya.
No comments:
Post a Comment