LUKISAN boleh diibaratkan sebagai ekspresi kreatif yang
dipersembahkan di dalam pelbagai tema. Jika satu ketika dahulu lukisan banyak
dipersembahkan dalam motif spiritual seperti yang dilakari Leonardo da Vinci,
namun kini terlalu banyak idea dan teknik yang lahir bersempena dengan sifat
manusia itu sendiri.
Hasil seni kontemporari yang lebih terbuka dan berani seperti
Abstract Expressionism, Expressionism, Minimalism, Neo-expressionism atau yang
lebih moden seperti Street art, Stuckis, Superflat dan Pseudorealism, semakin
mendominasi sehinggakan ada yang berpandangan bidang lukisan serius semakin
hilang sentuhan dan pengkaryanya.
Namun seni lukis yang dianggap sebagai tiga seni romantik,
selain muzik dan puisi, semakin berkembang dan berharga bersesuaian dengan
kehendak zaman.
Dalam kita menilai lukisan yang dikatakan sebagai terbaik
mahupun termahal, sebenarnya tiada asas hakiki bagaimana sesebuah lukisan itu
boleh diiktiraf sebegitu.
Mungkin kerana latar belakang pelukis, motif dan ekspresi
pelukis mahupun tahun sesebuah lukisan itu dilahirkan, namun ia tidak menjamin
sesebuah lukisan itu mampu menjadi termahal.
Apatah lagi jika kita cuba melihat kecantikan sesebuah
lukisan, sudah tentu ia belum menjamin kerana berdasarkan kedudukan antara 10
lukisan termahal terdapat beberapa lukisan yang kecantikannya boleh dipersoal,
namun ia masih tertakluk subjektif.
Berikut dinyatakan antara lukisan termahal dunia yang
kebanyakannya terdiri daripada lukisan moden (sebelum 1888). Kenapa
lukisan-lukisan lama tidak tersenarai dalam jualan adalah kerana kebanyakan
lukisan itu dimiliki oleh muzium dan ia bukan untuk dijual.
Berdasarkan rekod, lukisan Mona Lisa telah diinsuranskan oleh
pihak Muzium Louvre di Perancis pada 1962 dengan nilai AS$100 juta (RM300 juta)
yang bersamaan nilai sekarang sebanyak AS$768 juta (RM2.38 bilion).
Lukisan bertajuk, Vase with Fifteen Sunflowers oleh Vincent
van Gogh yang terjual pada Mac 1987 dengan harga AS$24.75 juta (RM76.5 juta)
mencatat sejarah memulakan era baru dalam penghargaan karya-karya lukisan
moden.
Jauh sebelumnya pada 1967, lukisan Leonardo da Vinci, Ginevra
de' Benci yang dimiliki oleh keluarga diraja Liechtenstein dijual dengan harga
AS$5 juta (RM15 juta) kepada National Gallery of Art.
THE SCREAM
LUKISAN ini ditabalkan sebagai ‘lukisan yang dijual dalam
acara lelongan termahal dunia’, adalah hasil karya pelukis terkenal Norway,
Edvard Munch.
Ia dihasilkan sebanyak empat siri dan disiapkan antara 1893
hingga 1910.
Munch sememangnya terkenal sebagai pelukis yang gemar
menyelitkan unsur-unsur psikologikal di dalam lukisannya.
Salah satu karya The Scream kini ditempatkan di National
Gallery Norway, manakala dua lagi boleh ditemui di The Munch Museum, Oslo.
Karyanya yang keempat dibeli pada harga AS$119.9 (RM619.6)
oleh pembeli yang tidak diketahui dalam acara lelongan Sotheby's Impressionist
and Modern Art pada 2 Mei lepas. Namun terdapat desas-desus bahawa karya ini
dimiliki oleh ahli keluarga diraja Oman seperti lukisan The Card Player.
No comments:
Post a Comment