Beauty Pool
SEKALI
pandang, ia kelihatan seperti paparan filem cereka sains terbaru memaparkan
dunia makhluk asing angkasa lepas.
Bagaimanapun,
imej luar biasa itu sebenarnya dirakam di bumi yang terhasil akibat tindak
balas semula jadi berterusan dan kekal menarik perhatian. Daripada gabungan
warna terang di kolam air panas hingga pembentukan batu rencam yang kelihatan
seperti gajah, landskap luar biasa itu terhasil melalui peralihan masa
berjuta-juta tahun. Sebagai contoh, Beauty Pool yang menjadi tumpuan utama di
Taman Negara Yellowstone di Wyoming.
Air panas membolehkan alga dan bakteria membiak sehingga menghasilkan susunan warna mempesona di situ.
Death Valley
Satu lagi
kejadian alam semula jadi yang menawan ialah Death Valley di California apabila
fenomena peralihan batu di tanah gersang itu turut membingungkan pakar.
Setakat ini
tiada penjelasan dapat dibuat untuk menjawab tanda tanya mengapa bongkah batu
besar - sesetengahnya seberat lebih 300 kilogram - boleh beralih tempat di
daratan yang rata itu.
The Wave
Keanehan
batu pasir - dikenali sebagai The Wave - di Utah, Amerika Syarikat juga tidak
kurang hebatnya.
Ia terbentuk
akibat hakisan angin dan hujan sejak 190 juta tahun lalu dan kini membentuk
pemandangan yang menakjubkan.
Tasik Hiller
Tasik Hiller
di Australia Barat pula mengagumkan kerana kewujudan warna merah jambu terang
yang memenuhi tasik berkenaan.
Saintis masih bingung untuk memberi penjelasan terhadap fenomena itu kerana ujian menunjukkan, ia bukan berpunca daripada kehadiran alga seperti yang ada di tasik masin lain di negara itu.
Ketika
teknologi kini pun tidak mampu meleraikan tanda tanya, kita hanya dapat
membayangkan bagaimana generasi terdahulu mencari jawapan kepada keajaiban alam
yang ada.
Bongkah Moeraki
Turut
menarik perhatian ialah Bongkah Moeraki berbentuk seperti telur gergasi dari
dunia lain di pesisir pantai New Zealand yang kekal misteri.
Great Blue Hole
Jika ia
belum cukup membingungkan, lihat pula ke Belize.
Kewujudan lubang besar - dinamakan Great Blue Hole - selebar 300 meter dan sedalam 124 meter - terbentuk akibat beberapa kejadian pencairan glasier ketika paras laut jauh lebih rendah berbanding zaman sekarang.
Peculiar pinnacles
Di Taman
negara Nambung di Australia Barat pula, struktur batu kapur di situ memang
menakjubkan dengan sesetengah daripadanya setinggi kira-kira lima meter.
Pakar berpendapat, ia terhasil sejak 25,000 hingga 30,000 tahun lalu apabila paras laut menurun dan menyebabkan pelbagai jenis cengkerang terdedah kepada matahari.
Dari semasa ke semasa, angin membawa pasir yang ada di sekeliling batu itu ke tempat lain dan meninggalkan struktur berkenaan menjadi lambakan tiang.
Cantik kan ciptaan allah swt...
ReplyDeletememang cantik dan mengagumkan ciptaan allah s.w.t nie..;-)
Delete