HARI ini
sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti demam, sakit di bahagian
kanan badan, lemah, lesu atau sebagainya, anda disarankan agar segera berjumpa
doktor.
Ini kerana
daripada masalah tersebut anda mungkin dijangkiti penyakit yang tidak diketahui
akan kewujudannya dan ada ketikanya ia sudah sampai ke tahap kronik.
Seperti
penyakit Hepatitis C, ia merupakan jangkitan yang sukar dikesan oleh pesakit
sendiri kerana ia selalu menyerang tanpa membawa simptom yang khusus atau tidak
berpanjangan.
Penyakit ini
juga dikategorikan sebagai pembunuh senyap kerana ramai pesakit tidak
mengetahui diri mereka dijangkiti sehingga bertahun-tahun malahan ada yang
menjangkau berpuluh tahun lamanya.
Berdasarkan
statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 60 peratus hingga 70
peratus pesakit Hepatitis C akan mengalami penyakit hati yang kronik manakala
lima peratus hingga 20 peratus akan mengalami sirosis manakala satu peratus
hingga lima peratus akan mati akibat sirosis atau kanser hati.
Menurut
Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, apa yang
menyedihkan, kebanyakan kes Hepatitis C hanya diketahui selepas penyakit ini
mencapai tahap kronik atau lanjut walaupun ramai pesakit dipercayai telah
menghidap virus tersebut jauh lebih awal.
Katanya
lagi, tidak kurang yang hanya menyedari tubuh mereka menjadi habitat virus
selepas tahap kesihatan bertambah teruk akibat kegagalan hati atau pertumbuhan
kanser hati.
"Oleh
kerana penyakit ini dikategorikan sebagai pembunuh senyap, anda di luar sana
disarankan agar melakukan ujian darah untuk mengesan penyakit ini.
"Ini
kerana melalui ujian darah Hepatitis C dapat dikesan dan dapat pengesahan awal
mengenai penyakit ini.
"Dan
perlu diingatkan penyakit ini menyerang tanpa mengira jantina dan juga
peringkat umur," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah
beliau, walaupun ujian darah mampu mengesan kehadiran virus Hepatitis C dengan
mudah namun kebanyakan masyarakat hari ini enggan berbuat demikian.
Mengulas
lanjut mengenai penyakit ini, ujar Dr. Abdul Malik, ia bukan sahaja disebabkan
jangkitan kuman bahkan pesakit boleh dijangkiti jika mengambil ubat secara
salah, pemindahan darah, pengambilan alkohol, tabiat seks yang tidak sihat
serta melalui suntikan seperti menindik badan, mencacah (tatu) dan juga
suntikan dadah.
Selain
daripada itu, Dr. Abdul Malik menegaskan mereka yang berisiko tinggi untuk
mendapat penyakit ini ialah mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan,
penghidap kencing manis dan pesakit darah tinggi.
Lazimnya
terdapat tujuh jenis virus hepatitis yang dikesan di seluruh dunia iaitu virus
hepatitis A, B, C, D, E, F dan G.
Hepatitis c virus
Bagaimanapun
virus yang lazim ditemui adalah hepatitis A hingga E.
Namun
menurut Dr. Abdul Malik, hanya hepatitis B dan C yang boleh bertukar kronik
yang memungkinkan kerosakan teruk pada hati.
Sementara
itu, menurut Perunding Hepatologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Rosmawati Mohamed,
kira-kira 170 juta orang di seluruh dunia dijangkiti virus Hepatitis C secara
kronik dan lebih daripada 350,000 dianggarkan akan mati setiap tahun akibat
penyakit hati yang berkait dengan virus Hepatitis C.
Katanya
lagi, pesakit Hepatitis C berpeluang sembuh dengan rawatan yang sedia ada
termasuk penemuan ubat terbaru yang dikelaskan sebagai sejenis ubat anti virus.
Bagaimanapun
Dr. Rosmawati menasihatkan pesakit yang telah sembuh perlu menjauhi gaya hidup
berisiko kerana virus Hepatitis C yang baru boleh menyerang semula pesakit yang
sama.
Dalam masa
yang sama, selain sentiasa menjaga kebersihan, rawatan awal terhadap penyakit
Hepatitis C juga mampu menyelamatkan nyawa.
bagus entry nie pasal hepatitis C ...biasa menyerang kalu kita kurang menitik beratkan pasal kesihatan... lebih lagi kalau luka akibat tindik pada anggota badan jika peralatan yg digunakan tidak bersih . Maka terjadilah jangkitan hepatitis C...
ReplyDeletemselim3
pls : Sudilah kiranya seribu pilihan join segmen saya , k
betul tu..sebab tu kebersihan sgt dititk beratkan utk kesihatan diri kita..;-)
Deletesaya dah join..;-)
Info yg menarik buat tatapan umum... Ramai yg masih tidak ketahui ....
ReplyDeletebetul tu..bagi yg dah tau boleh la sebarkan tentang bahaya penyakit nie utk kesedaran kita semua..:-)
Deleteterima kasih atas perkongsian ini :)
ReplyDeletesama2..:-)
Delete