expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 4 February 2013

Makanan antibakteria nyahkan bintik hitam!




Bintik-bintik hitam adalah salah satu masalah yang sukar ditangani apabila ia mula 'menjelajah' muka anda. Namun anda tidak perlu gusar kerana terdapat beberapa makanan yang mempunyai bahan antibakteria boleh digunakan bagi merawat masalah yang anda hadapi. 








YOGURT


Antibiotik asli yang terdapat dalam yogurt anda adalah makanan yang cukup sesuai untuk dijadikan topeng muka. Anda tidak perlu berbelanja mahal dan ianya sangat mudah untuk didapati. Amalkan satu hingga tiga kali seminggu jika anda inginkan kulit yang lebih cantik dan tampak sihat.





MADU


Madu sememangnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh badan kita. Ia juga adalah salah satu rahsia dalam kecantikan yang seringkali diamalkan oleh pakar penjagaan kulit. Menerusi kesan antibakteria yang terdapat di dalam madu asli terutamanya, ia mampu mengetatkan kulit wajah kita serta menganjalkannya. Kulit wajah anda akan menjadi lebih baik jika anda menggunakan madu asli yang segar dan kurang diproses.









LIMAU


Kesan antibakteria limau sememangnya kuat dan sering digunakan di seluruh dunia. Namun pastikan tiada sebarang luka di kulit wajah anda kerana bimbang ia akan menyakitkan. Anda juga boleh meletakkan limau dalam pemakanan anda. Selain daripada menjaga muka, anda juga boleh menjaga berat badan anda!





KULIT KAYU MANIS


Bukan sahaja enak digunakan dalam masakan, kulit kayu manis turut mempunyai kesan antibakteria yang menakjubkan apabila digunakan. Tumbuk atau hancurkan kulit kayu manis sehingga halus dan campurkan bersama dalam rutin harian anda ketika mencuci muka atau skrub. Amalkan selalu dan anda dapat melihat keberkesanannya! 






MINYAK KELAPA


Minyak kelapa sememangnya terbukti mempunyai bahan antibakteria serta pelembab terbaik untuk kulit muka anda. Jika diamalkan selalu, minyak kelapa turut mampu mengurangkan kesan jerawat.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com